Alhamdulillah, tadi baru sahaja tamat program Malam Cinta Rasul, yang merupakan program Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid (UHEIM) dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid Universiti Malaysia Sabah. Dalam program ini menampilkan kumpulan Qasidah Ibnu Sina yang terdiri daripada remaja serta kanak- kanak daripada Sekolah Pondok Ibnu Sina, Kedah.
Walaupun secara fizikalnya, ahli kumpulan Qasidah ini terdiri daripada ahli yang kecil molek sahaja, namun mereka amat berbakat. Dikhabarkan, salah seorang ahli kumpulan Qasidah tersebut yang berusia 8 tahun, sudah menghafal Al-Quran sehingga Juzuk ke 6. SubhanAllah! Siapa sangka, badan kecil, namun minda mereka sudah mampu menghafal kalam suci Allah.
InsyaAllah dalam artikel yang akan datang, saya akan tunjukkan suasana sepanjang program tersebut berlangsung. sekian.
Sollualannabi ^_^
InsyaAllah dalam artikel yang akan datang, saya akan tunjukkan suasana sepanjang program tersebut berlangsung. sekian.
Sollualannabi ^_^
No comments:
Post a Comment