Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang
pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah.
Rasulullah dengan tenang
berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon
semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.
Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek :
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan
bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh
itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita
solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul
Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran
dari pokok semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
ilmu yg rendah mutunya
ialah ilmu yg berlegar di hujung lidah & ilmu yg paling tinggi ialah
yg melahirkan kesan kpd tingkah laku - Saidina Ali R.A-
No comments:
Post a Comment